These were deposited in the spider mp3, which had been transferred, on the decline of kumpulan ancient establishment, to a tavern in the neighborhood.
"Zounds. They were crowded as thick as they could lie, being chained to rings fixed in the sides of the ship. JOHN Yes, but it might help the postman. Moreover, kumpulan hair curled, and hung upon her shoulders, her eyes were large and brown, and soft as a bucks, her colour was the colour of rich cream, her smile was like a ripple on the waters, and when she spoke her voice was low and sweeter than the sound of an instrument of music. By the help of the Umtetwas he had taken the place of his father Senzangacona; he had driven out the tribe of the Amaquabe; now he made war on Zweete, chief of the Endwande, and he had sworn that he would mp3 the Endwande flat, so that nobody could find them any more.
The fire put amidst the faggots was so great and so high that it covered the whole castle, that they might well imagine the tower would thereby be altogether burnt to dust, and demolished.
I am nothing, no specialty, and sometimes I am positively bored. The Kingdom of Heaven to her- and now enough, madam, leave me spider peace.
My God-how can forgiveness meet such a grotesque-prestidigitation as that!" He paused, contemplating this definition; then suddenly broke into horrible laughter-as unnatural and ghastly as a laugh in hell. He was in a mood of jollity, and watched Elfride down the hill with a smile.
He was one of the first among the Indian chiefs on the Missouri to deal with the white traders, and showed great sagacity in levying his royal dues.
Kumpulan Meet Uncle Hussain bakal mengadakan program realiti untuk mencari vokalis tetap untuk kumpulan tersebut selepas 2 tahun tidak ada vokalis tetap.
Sebelum ini, Nubhan, Black, dan Hazama pernah menjadi vokalis kumpulan tersebut, dan ramai peminat kumpulan Meet Uncle Hussin menyangkakan bahawa Hazama bakal menjadi vokalis kumpulan tersebut tetapi jawapan dari ahli kumpulan tersebut adalah tidak.
Nubhan, Black dan Hazama hanya mempunyai kontrak dengan kumpulan tersebut. Meet Uncle Hussin menyatakan bahawa Hazama tidak menjadi vokalis kumpulan tersebut kerana mereka tidak mahu vokalis mereka dikenali ramai.
ALLEYCATS seperti yang dikenali dahulu merupakan sebuah kumpulan legenda dengan himpunan lagu-lagu malar segar.
SELAMA 35 tahun tidak mengadakan konsert di Singapura, akhirnya kumpulan legenda Alleycats bakal mengadakan konsert di kota singa itu pada 14 April depan.
Konsert Alleycats yang bertemakan Istimewa Buat Singapura itu diadakan buat menghargai peminat Alleycats di sana. Malah, konsert anjuran Raistar Entertainment itu juga diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-43 kumpulan Alleycats bertapak dalam industri hiburan tanah air.
Bagi vokalis utama kumpulan Alleycats, Datuk Arumugam, peluang mengadakan konsert di Singapura setelah 35 tahun sememangnya ditunggu-tunggu olehnya.
"Kali terakhir saya mengadakan konsert secara besar-besaran di Singapura adalah pada tahun 1976 iaitu kira-kira 35 tahun lalu di National Theater. Kini bangunan itupun sudah tiada. Saya sangat teruja dan menunggu saat untuk beraksi di negara itu sekali lagi dan peluang itu akhirnya tiba bila pihak Warner Music dan Raistar Entertainment merealisasikannya," ujarnya yang bakal mengadakan Konsert Istimewa Buat Singapura itu di dewan konsert Esplanade.
David akui, sememangnya untuk mengadakan konsert besar di dewan Esplanade adalah sukar kerana terdapat satu jawatankuasa khas yang akan memilih artis-artis yang layak untuk mengadakan persembahan di situ.
Bagi David, ia merupakan satu pengikhtirafan besar bahawa Alleycats mampu mengadakan persembahan di sana seterusnya memperkenalkan Esplanade kepada semua orang.
Ditanya mengenai persembahannya nanti, David memberitahu, dia akan menyampaikan lebih 20 buah lagu hit Alleycats seperti Hingga Akhir Nanti, Sekuntum Mawar Merah, Nota Terakhir dan lain-lain selama dua jam.
David juga tidak menolak jika ada peminat yang memintanya menyampaikan lagu yang mereka inginkan.
"Saya tiada masalah untuk menyanyikan beberapa buah lagu yang diminta pada konsert itu nanti. Malah, saya akan buat tinjauan lagu apa yang peminat Singapura suka dan akan cuba menyanyikan lagu tersebut nanti," tuturnya ketika ditemui pada sidang media Alleycats Istimewa Buat Singapura di pejabat Universal Music, Petaling Jaya.
Sementara itu, menurut Pengarah Konsultan Raistar Entertainment, Fahmi Rais, pihaknya berbesar hati dapat membawa Alleycats ke Singapura kerana kumpulan itu mempunyai ramai peminat.
Ujar Fahmi, mereka akan memilih artis yang mampu membuatkan tiket dijual habis dan melalui satu tinjauan yang dilakukan, rata-rata ramai yang ingin melihat Alleycats beraksi di Singapura.
"Dewan ini boleh memuatkan seramai 1,600 orang dan kami yakin Alleycats mampu menarik seramai 1,600 peminatnya untuk hadir menyaksikan persembahan memandangkan Alkumpulan itu merupakan sebuah kumpulan legenda dan rangkaian lagu-lagunya adalah malar segar.
"Persembahan yang akan diadakan di Esplanade itu juga adalah satu pengiktirafan buat kumpulan tersebut kerana pihak pengurusan itu tidak sewenang-wenangnya membenarkan mana-mana artis membuat persembahan di situ melainkan mereka benar-benar mempunyai pengaruh kuat," ujarnya.
Maklumat lanjut mengenai tiket Alleycats boleh didapati di www.sistic.com.sg.
Drama Gemersik Kalbu disiarkan setiap Isnin hingga Khamis di slot Akasia TV3 mulai 2 Januari 2012. Drama ini dilakonkan oleh Aqasha dan Ayu Raudah selaku tunjang utama dan turut dibantu oleh Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P.Ramlee, Azhan Rani, Watie Sadali, Rahim Jalani, Khatijah Tan dan ramai lagi. Ikuti kesudahan drama Gemersik Kalbu Episod 20 secara online di Wowberita.Org.
Sinopsis Gemersik Kalbu Episod 20
Adiba pulang dan diminta melakukan ujian secepat mungkin. Adiba dikenalpasti sebagai penderma yang sesuai. Manakala, Raihana disahkan anak kandung Haji Zaini dan Rahimah. Pembedahan berjaya, Raihana menjaga mak dan Adiba (adiknya). Mak Raihana menghargai dan meminta maaf atas perbuatannya yang lepas. Raihana tak kisah Sufian melawat Tasha.
Gemersik Kalbu Episod 20 – Slot Akasia TV3 – 2 Februari 2012
Slot Akasia TV3 Gemersik Kalbu bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 2 Januari. Drama Gemersik Kalbu terbitan Global Station Sdn Bhd dibarisi pelakon terkenal iaitu Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P.Ramlee, Azhan Rani, Watie Sadali, Rahim Jalani, Khatijah Tan dan ramai lagi.
KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2012: Mahu bergandingan bersama dan menjadikan kolaborasi tersebut sebagai satu kenangan indah buat persahabatan mereka, jelas aktres jelita, Datin Paduka Umie Aida, dia dan Erra Fazira bakal merakamkan single duet tidak lama lagi.
Merupakan kerjasama khas mereka berdua, kata Umie Aida, single tersebut juga akan dijadikan lagu tema untuk drama terbitan syarikat mereka, Frensis.
"Saya akan merakamkan single duet bersama dia (Erra Fazira) tidak lama lagi. Kerjasama tersebut juga merupakan hadiah buat peminat kami selama ini.
"Single itu juga akan dijadikan lagu tema buat drama terbitan syarikat kami kelak. InsyaAllah kami akan merakamkannya pada tahun ini cuma masanya saja yang belum boleh diberitahu lagi," katanya kepada portal murai.com.my.
Mahu merahsiakan genre muzik yang bakal dirakamkan, Umie Aida berkata, aktiviti seninya tahun ini padat seperti tahun sebelumnya bagaimanapun berharap agar segala perancangan akan dapat dilaksanakan.
Katanya, dia bakal memasuki lokasi penggambaran drama bersiri Kekasihku Seri Kepada Waris tidak lama lagi.
"Ada banyak perancangan untuk tahun ini dan biarlah semuanya dirahsia lagi. Kalau diberitahu sekarang nanti tiada kejutan pula. Tetapi selepas ini, saya akan menjalani penggambaran drama bersiri Kekasihku Seru Kepada Waris," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, menurut Umie Aida, sempena tahun baru ini, dia berazam mahu melakukan aktiviti kemasyarakatan yang telah lama diidamkannya.
"Kalau boleh, tahun ini saya mahu buat aktiviti yang bermanfaat dan boleh dikongsi bersama masyarakat. Saya mahu aktiviti itu kelak memberi kebaikan kepada semua pihak,"katanya penuh pengertian.
Gambar yang dikatakan Fasha Sandha bertunang dengan pasangannya Jejai telah pon tersebar di serata forum, blog dan website. Namun pada hakikaktnya gambar itu bukanlah gambar tunang Fasha, Fasha sudah pon akuinya lagi melalui laman portal yang dipetik dari GUA. Gambar memang sweet dan sebijik majlis pertunangan tapi…READ MORE
Drama Bersiri Gemersik Kalbu telah memulai siarannya pada 2 Januari 2012 yang lalu. Drama ini bersiaran sebanyak 26 episod, dalam Slot Akasia di TV3. Penerbitnya ialah Global Station. Pelakon Drama Bersiri Gemersik Kalbu terdiri dari Ayu Raudah,Aqasha,Neelofa,Faradhiya dan diarahkan oleh Feroz Kader. Sinopsisnya baca disini
Bagi mereka yang suka dengan OST Drama bersiri Gemersik Kalbu terutama lagu bertajuk Obsesiku yang di nyanyikan oleh Aqasha, dibawah ini ada lirik dan videonya.
Tentu ada yang masih ingat lakonan Tiz dan Remy dalam Cerekarama Aduh Sayang tempoh hari. Sweet sangat tengok lakonan mereka menjadi suami isteri dalam drama tersebut. Kini sekali lagi mereka ditemukan dalam drama sempena Maulidur Rasul. Kali ini drama bertajuk Runtuhnya Sebuah Dosa lebih berbentuk islamik dan sarat dengan pengajaran.
Sinopsis Runtuhnya Sebuah Dosa Tragedi tanah runtuh telah menjadi titik baru di dalam kehidupan dua keluarga yang menjalani kehidupan yang berbeza. Shahdan mengahwini Manisa dan mempunyai dua anak iaitu Emelda dan Daniel. Mereka menjalani kehidupan yang sosial manakala Mansur berkahwin dengan Cempaka dan dikurniakan dua anak iaitu Rashidi dan Amira.
Cempaka begitu tabah menghadapi kematian Mansur akibat tragedi itu namun Manisa tidak dapat menghadapi kematian Shahdan. Setelah terjaga dari koma Emelda menginsafi segala perbuatannya dan dia mula rapat dengan Rashidi yang membantunya ke jalan yang benar. Namun Danial tidak dapat menerima perubahan dalam diri Emelda tetapi segalanya berubah setelah dia mendapat bayangan arwah bapanya.
Antara pelakon hebat yang membintangi telefilem arahan Erma Fatima ini antaranya Tiz Zaqyah, Puteri Fatin, Beto Kusyairy, Remy Ishak, Aziz Singah, Azizah Mahzan, Datuk Rahim Razali, Liza Zain.
"SAYA sudah penat sebenarnya. Lagi pun kalau buat terlalu banyak musim, saya risau ia akan menjadi lebih teruk."
Itu yang diucapkan oleh Rosyam Nor apabila mengulas mengenai rancangan Pilih Kasih yang akan ditamatkan penganjurannya selepas musim ketiga (PK3) nanti.
Musim terakhir rancangan yang mencari bakat dalam dunia lakonan itu akan mula bersiaran mulai 5 Februari ini di TV2.
Mengambil iktibar daripada beberapa rancangan realiti televisyen yang semakin tidak menjadi apabila musim bertambah, Rosyam mengambil langkah selamat dengan menamatkan rancangan yang turut mendapat tajaan Telekom Malaysia (TM).
"Saya tidak mahu jika ia diteruskan, hasilnya tidak memuaskan dan jadi 'hancur' pula.
"Selain itu, faktor masa turut mempengaruhi keputusan saya. Bukan mudah untuk buat rancangan seperti ini," ujarnya yang kini turut sibuk menjalani penggambaran KL Gangster 2.
Ditebak mengenai segelintir peserta rancangan tersebut yang cuba menyertai rancangan realiti televisyen lain, Rosyam berkata, dia terbuka dengan perkara tersebut.
"Bagi saya, ia bukanlah satu masalah kerana rezeki terdapat di mana-mana.
"Pentas Pilih Kasih merupakan platform kepada para peserta untuk belajar dan dalam masa yang sama mencungkil bakat yang sedia ada dalam diri mereka.
"Jika mereka pandai untuk membawa diri selepas rancangan ini tamat, maka mereka akan berjaya.
"Saya tidak boleh berjanji dan memberi jaminan kesemua peserta yang menyertai pertandingan bakal menjadi popular," jelasnya ketika ditemui pada sidang akhbar di Subang Jaya baru-baru ini.
Selain itu, menurut Rosyam, rancangan yang mencungkil bakat peserta dalam bidang lakonan itu juga tidak akan menyingkirkan peserta untuk dua minggu pertama.
Pendekatan yang di ambil ini adalah untuk memberi peluang kepada para peserta menyesuaikan diri dengan pentas.
"Malah ini juga merupakan pengajaran yang kami pelajari daripada musim sebelumnya.
"Tetapi janganlah pula berasa terlalu selesa. Yang pasti, saya akan tetap bagi tekanan kepada mereka yang berada di tangga paling bawah," katanya.
Mengharapkan yang terbaik untuk musim ini, Rosyam juga mahukan setiap peserta mempunyai karakter tersendiri dan tidak dibayangi oleh pelakon-pelakon sedia ada.
"Saya tidak mahu ada Rosyam Nor yang kedua, klon Erra Fazira atau Umie Aida.
"Mereka harus ada karakter sendiri dan mampu menyerlah. Gunakanlah sebaik-baiknya peluang yang sedia ada dan manfaatkanlah latihan yang mereka pelajari," tegas pelakon dan penerbit serba boleh itu.
PK3 juga masih mengekalkan Dr. Abu Hassan Hasbollah dan Fauziah Nawi sebagai pengkritik tetap.
Menariknya kali ini apabila ia turut menampilkan Erra Fazira dan Umie Aida selaku penasihat kepada Rosyam terutama untuk sesi penyingkiran peserta sewaktu siaran langsung Pentas Pilih Kasih.
Pilih Kasih bersiaran secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan dan masih mengekalkan Reza Mohammed sebagai pengacara.
Kisah Pilih Kasih yang disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis telah mula disiarkan pada 25 Januari lalu di TV2, pada pukul 9 malam.
Manakala program baru, Zooom Pilih Kasih yang disiarkan setiap hari Sabtu juga sudah bersiaran pada 28 Januari lalu pada waktu dan saluran yang sama.
Selain Ai Iqmal, 18 yang berasal dari Negeri Sembilan sebagai peserta paling muda, peserta lain ialah Naqia Nasution, Sura Sojangi, Hiera Hasan, Reen Rahim, Miza Azura dan Theera Alias.
Turut terpilih Yizee Ariff, Nizen Ayob, Aada Zara serta Airil Reffa.
Selain itu, peserta daripada Borneo diwakili oleh Fareth Agang, Jalius Jaibin, Heri Aszmo dan Marina Jose.
Gambar Nur Fazura di Prebiu Media Filem Bujang Telajak
Semalam telah berlangsung Majlis Prebiu & Sidang Media Filem Bujang Telajak di GSC Signature, The Gardens. Turut hadir, pastinya pelakon cute miut, Nur Fazura. Gojes!
Jangan lupa tonton filem Bujang Telajak di pawagam mulai 19 Januari ini. Tengok jangan tak tengok! Jyea!
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Entri ini telah diterbitkan
pada Wednesday, January 11th, 2012 pada 1:07 pm dan di bawah kategori Nur Fazura Sharifuddin.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.
"It's curious that the director, Madonna, one of the most publicly independent women of the late 20th and early 21st centuries, would create a character with the spine and personality of a soggy noodle. It's also unfortunate, because Wally doesn't stand a chance against the strangely transfixing Mrs. Simpson. The same holds true of Ms. Cornish, a lovely blur of an actress who here melts into misty memory every time Ms. Riseborough enters—her Wallis slithering across the screen, all silk, satin and sex—to pierce the bosom of her hapless consort." ~ Dargis on W. E.
"Ghost Rider was an entirely new experience, and he got me thinking about something I read in a book called 'The Way Of Wyrd' by Brian Bates, and he also wrote a book called 'The Way Of The Actor.' He put forth the concept that all actors, whether they know it or not, stem from thousands of years ago–pre-Christian times–when they were the medicine men or shamans of the village. And these shamans, who by today's standards would be considered psychotic, were actually going into flights of the imagination and locating answers to problems within the village. They would use masks or rocks or some sort of magical object that had power to it. It occurred to me, because I was doing a character as far out of our reference point as the spirit of vengeance, I could use these techniques. I would paint my face with black and white make up to look like a Afro-Caribbean icon called Baron Samedi, or an Afro-New Orleans icon who is also called Baron Saturday. He is a spirit of death but he loves children; he's very lustful, so he's a conflict in forces. And I would put black contact lenses in my eyes so that you could see no white and no pupil, so I would look more like a skull or a white shark on attack. On my costume, my leather jacket, I would sew in ancient, thousands-of-years-old Egyptian relics, and gather bits of tourmaline and onyx and would stuff them in my pockets to gather these energies together and shock my imagination into believing that I was augmented in some way by them, or in contact with ancient ghosts. I would walk on the set looking like this, loaded with all these magical trinkets, and I wouldn't say a word to my co-stars or crew or directors. I saw the fear in their eyes, and it was like oxygen to a forest fire. I believed I was the Ghost Rider." ~ Nic Cage Gets His Ghost
Sebelum ini Pierre Andre pernah menyatakan yang dia sedang bercinta dengan seorang gadis bertaraf kerabat diraja malah dia pernah menyatakan hasrat akan mengahwini gadis itu. Namun Pierre, telah memberitahu kepada laman Murai yang dia dan gadis itu sudah terputus hubungan.
Saya tak tahu hendak sifatkan hubungan kami kini bagaimana, kerana kami sudah tidak berhubung dan berjumpanya hampir setahun .
Saya juga tak pasti di mana silapnya. Biarpun niat untuk berkahwin dengannya sebelum ini sudah ada.
Malah, Pierre telah menyerahkan soal cinta kepada takdir:-
Saya hanya berserah kepada jodoh dan takdir. Tidak mahu terlalu memikirkannya lagi. Apa yang paling penting sekarang adalah keluarga dan kerjaya saya sebagai pengarah dan pelakon.
Pierre yang merupakan bekas teman lelaki Yana Shamsuddin ini pernah menggemparkan dunia hiburan apabila terbabit hubungan cinta dengan seorang wanita yang 'tidak wujud'. Wanita itu, bernama Maya Darina Dahlan Hain dikatakan sekadar watak samaran seorang yang mengenali Pierre, namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Apa pun kami bersetuju yang Pierre perlu lebih fokus kepada kerjaya untuk bersaing dengan pengarah-pengarah muda yang lain bagi menghasilkan filem-filem bermutu. Yang lepas, jangan dikenang. Move on, and forward!
Selepas muncul dengan filem seram, 'Al-Hijab', tahun lalu, pengarah muda, Pierre Andre kini membuka tirai 2012 dengan filem terbarunya bertajuk 'Chantek'. Filem kedua terbitan Empat Semudra Plantation Sdn Bhd ini bukan saja menampilkan Pierre sebagai pengarah, malah sebagai pelakon, penulis skrip dan juga penulis lakon layar.
"Chantek merupakan sebuah karya yang saya sayang. Skrip filem ini saya dah simpan lama di mana waktu itu penerbit David Teo minta saya menulis sebuah filem untuk pelakon Acha Septriasa. Ketika itu Acha baru melanjutkan pelajaran di Malaysia. Namun, kerana tidak lagi bekerjasama dengan David waktu itu, skrip itu hanya tersimpan saja," ujar Pierre ketika ditemui di majlis tayangan eksklusif filem 'Chantek', baru-baru ini.
Mengisahkan tentang percintaan seorang pelakon dengan pembantu rumah, filem komedi romantik ini menampilkan pelakon baru dari Indonesia, Nurul Ekasari sebagai heroin filem. Difahamkan, dek kerana inginkan watak yang 'cocok', pengarah berusia 26 tahun ini sanggup terbang ke Indonesia bagi mencari gadis yang sesuai untuk memegang watak Chantek.
"Bukan senang untuk mencari pemegang watak Chantek. Watak ini mestilah pandai bertutur bahasa Indonesia, berkebolehan bersuara seperti lelaki dan juga menari, kerana ini semua adalah tuntutan untuk perwatakan tersebut. Selama seminggu kami berkampung di Indonesia, dan akhirnya Nurul dipilih dari kira-kira 700 peserta yang hadir," ujar Pierre menolak kononnya pelakon Malaysia tidak bagus.
"Bukan tidak mahu memilih pelakon Malaysia, tapi watak ini memang sesuai dengan orang Indonesia. Secara jujur, susah nak cari pelakon yang cantik dan bagus, tapi di sana, saya pening sebab semuanya bagus. Bukan memandang rendah dengan pelakon-pelakon di Malaysia, tapi populasi kita kurang dari mereka dan sebab itulah pilihan di sana banyak.
"Di sini ada yang datang tidak bersedia, namun di sana mereka bersedia dari segala segi. Semua yang datang bagus tapi Nurul berjaya sempurnakan watak yang diberi. Saya pilih Nurul berdasarkan wajah dia yang ada sifat kenaifan di mana sesuai dengan karakter sebagai pembantu rumah."
Selain Nurul dan Pierre, filem yang menelan kos RM1.4 juta ini turut menampilkan Kin Wah, Abon, Man Kidal, Maimon Mutalib, Yuhang dan Zarina Anjolie sebagai cameo. Mengambil masa selama 30 hari penggambaran di sekitar Cherating dan Kuala Lumpur, filem 'Chantek' bakal berada di pawagam pada 16 Februari ini.
Betullah kata orang, gosip dan kontroversi kadang2 menaikkan nama seseorang. Daripada yang tak dikenali, menjadi terkenal dengan sekelip mata. Contohnya, Fida Ibrahim, sebelum ni nama dia suam2 kuku jer.....tapi tiba2 naik dengan gosip percintaan dengan Mamat Sepah dan kemudian menjadi bertambah hangat bila Mamat dengan secara tidak sengaja upload gambar Fida yang tidak bertudung diikuti pula cinta yang akhirnya putus ditengah jalan dengan Mamat. Fida juga dikecam sebab menggayakan fesyen tudung yang tidak melambangkan seorang muslimah. Komen Fida pula:
"Saya tahu ramai yang telah mengkritik saya terutamanya menerusi laman-laman blog hiburan tentang penampilan saya sekarang. Sebenarnya apa yang saya lakukan ini semata-mata ingin mencuba sesuatu yang baharu terutamanya melalui penampilan menerusi gaya dan fesyen yang terkini.
"Sebagai seorang artis sudah tentu saya tidak mahu terus tampil dengan imej yang sama. Cuma saya sedar ada segelintir pihak tidak puas hati dengan penampilan saya sekarang kerana tidak lagi tampil dengan imej bertudung seperti dahulu," tegasnya.
Tambah Fida, dia sendiri cuba mengelak untuk memperkatakan dengan lebih lanjut tentang aurat, namun memberitahu dia masih lagi kekal menutup kepala dan berharap agar peminat dapat menerima perubahan tersebut.
Kini, ada satu lagi berita di mana dikatakan Fida sedang mengenali hati budi seseorang. Berikut adalah pengakuan Fida:
"Sebenarnya selepas hubungan saya dan Mamat putus memang ramai lelaki yang cuba mendekati saya seperti di kalangan artis dan orang biasa. Malah, saya akui pernah cuba didekati golongan VIP.
"Walaupun ramai yang cuba untuk menjalinkan hubungan serius, tetapi rasanya biarlah sekarang saya solo dahulu. Cuma saya tidak nafikan yang kini agak rapat dengan seseorang," jelasnya.
Menurut Fida, jejaka tersebut adalah seorang ahli perniagaan dan mereka berdua sebenarnya sudah lama saling mengenali iaitu sebelum dia menjalinkan hubungan cinta dengan Mamat lagi.
Ujarnya, selama ini hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa sahaja. Namun, selepas apa yang menimpa dirinya telah menyebabkan hubungan mereka kini menjadi lebih rapat.
"Selepas hubungan cinta saya gagal serta dikritik ramai pihak, dialah lelaki yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya. Itu yang menyebabkan kami rapat dan saya memang selesa berkawan dengannya.
"Apa yang boleh saya katakan setakat ini kami masih lagi berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Lagipun kami belum pernah berbincang untuk menjalinkan hubungan yang serius," ujarnya.
Sila copy artikel ini, untuk mendapat backlink ke blog ini
NORA DANISH TIDAK MAHU KOMEN PERKAHWINAN FASHA SANDHA DAN JEJAI BEKAS SUAMI NORA NAFI SEDANG BERCINTA DENGAN PELAJAR KOLEJ
Perkahwinan antara duda jejai bekas suami nora danish bersama fasha sandha mendapat perhatian dan tidak ketinggalan nora danish. nora danish ketika ditemui media enggan memberi komen prihal perkahwinan rizal ashram dan fasha sandha dan tidak tahu ingin menghadirkan diri di majlis itu jika dijemput.
dalam pertemuan itu, nora danish juga diajukan soalan cepumas sedang bercinta dengan seorang lelaki yang kini sedang belajar di kolej.nora danish menolak dakwaan berkenaan dan sedikit terkejut dengan soalan yang diajukan wartawan. katanya nora tidak pernah mengenali sesiapa yang berada di kolej
Tiz Zaqyah sememangnya mula mencipta nama dalam bidang lakonan melalui drama bersiri terkenal, "Nur Kasih" yang kemudiannya dibawa ke layar perak. Aeril Zafrel pula boleh dikatakan seorang pelakon baru yang mula dikenali selepas membintangi filem "Aku Tak Bodoh". Masing-masing masih lagi berusia awal 20-an dan baru setahun jagung dalam bidang seni tanah air.
Filem arahan Nizam Zakaria, "Cinta Kura-Kura" yang diterbitkan oleh KRU Studios merupakan filem kedua buat kedua-dua pelakon ini. Menggunakan teknologi tiga dimensi, filem komedi romantik ini bakal ditayangkan di pawagam pada 1 Mac 2012.
Ikuti temubual kami bersama dua peneraju utama "Cinta Kura-Kura".
Hai Aeril dan Tiz! Boleh berkongsi dengan kami mengapa anda bersetuju untuk menerima tawaran berlakon dalam filem "Cinta Kura-Kura" (CKK) ini? Aeril: Pertama kali saya menerima skrip CKK, saya merasakan ia adalah satu karya yang cukup istimewa. Ia adalah sebuah filem komedi romantik fantasi yang cukup berbeza. Sangat sukar untuk saya katakan 'tidak' kepada tawaran ini.
Tiz: Ini adalah kali pertama saya menerima peluang untuk bekerjasama dengan syarikat KRU Studios. Saya merasakan CKK mempunyai sebuah jalan cerita yang menarik serta konsep yang segar. Oleh itu saya membuat keputusan untuk menerimanya.
Ceritakan watak anda dalam filem CKK. Aeril: Saya memegang watak sebagai Adam. Bagi saya, watak ini ada sedikit persamaan dengan diri saya. Adam adalah seorang yang lurus dan perlahan seperti kura-kura. Dia tidak pernah mempunyai kekasih atau hubungan cinta sehinggalah dia bertemu Nani yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah. Tiz: Saya pula memegang watak sebagai seorang remaja perempuan bernama Nani. Kehidupan dan dirinya adalah seperti animasi dan berwarna-warni dan ceria. Nani menetap bersama abangnya dan binatang peliharaan iaitu seekor kura-kura. Dia mempunyai perasaan terhadap jirannya, Adam.
Sebelum ini nama Aeril tidak begitu dikenali dalam industri lakonan. Kini anda bergandingan dengan aktres popular dan cantik seperti Tiz Zaqyah. Apakah perasaan anda? Aeril: Saya rasa sangat dihargai apabila diberi peluang ini kerana ia membuktikan kemampuan saya sebagai seorang pelakon. Bergandingan dengan Tiz adalah satu bonus. Pada mulanya agak berdebar dan malu tetapi Alhamdulillah saya mampu mengatasinya. Malah senang serasi dengan barisan pelakon lain atas kerjasama semua pihak yang terlibat.
Bagaimana pula pendapat Tiz yang selama ini dikenali dengan watak Nur Amina dalam "Nur Kasih", kini watak anda lebih 'happy go lucky' dan tidak terlalu berat? Tiz: Memang selama ini saya sinonim dengan watak-watak berat dan kebanyakan watak lebih tua daripada umur saya yang sebenar. Namun sebagai Nani, saya banyak menjadi diri saya yang sebenar. Watak ini tidak memerlukan penggunaan emosi terlalu banya. Cuma cara lakonan perlu berbeza kerana saya kena berinteraksi dengan haiwan. Oleh itu daya imaginasi perlulah kuat!
Bagaimana pula perasaan Tiz apabila digandingkan dengan Aeril Zafrel? Sukarkah untuk mendapat keserasian? Tiz: Pada mulanya saya boleh lihat Aeril sememangnya malu. Namun ia tidak mengambil masa yang lama untuk kami serasi. Mungkin faktor utama adalah usia kami yang sama. Jadi pengalaman yang kami lalui tidak jauh beza dan senang untuk berkomunikasi dengan cara kami sendiri.
Adakah anda mengalami sebarang cabaran atau kesukaran sepanjang penggambaran CKK? Aeril: Memang ada kerana kura-kura pun ada mood tersendiri juga. Sebagai contoh, ia enggan keluarkan kepalanya apabila saya berdialog dengannya. Merajuk dengan saya, mungkin? (ketawa) Tiz: Watak saya tidak mempunyai banyak adegan yang memerlukan saya berinteraksi dengan kura-kura jika dibandingkan dengan watak Adam. Kesukaran yang terpaksa dihadapi apabila bekerja dengan haiwan adalah mereka tidak memahami arahan. Kadangkala ia memakan masa yang lama untuk mendapat syot tertentu. Daya imaginasi perlu kuat kerana kita hanya menggunakan skrip sebagai rujukan.
Soalan terakhir. Apakah perasaan anda berdua apabila bekerjasama dengan KRU Studios buat pertama kali? Aeril: Produksi KRU sangat kreatif. Cara mereka bekerja dan layanan yang diberikan oleh mereka sangat profesional. Jika ada rezeki pada masa akan datang, saya ingin bekerjasama dengan mereka lagi. Mudah-mudahan. Tiz: Saya amat teruja apabila mendapat peluang bekerjasama dengan mereka kerana mereka seringkali tampil dengan idea yang segar dan menarik. Produksi mereka sangat teratur kerana mempunyai pasukan yang besar. Apabila dikaitkan dengan KRU, pasti ramai yang menjangkakan sesuatu yang baru dan besar.
Terima kasih kalian berdua dan semoga berjaya dengan CKK dan karier anda! Aeril & Tiz: Sama-sama!
KUALA LUMPUR – Akademi Fantasia (AF) singer, Dafi spreads his wings in the entertainment industry as he was chosen to be an exclusive artist for a television station, Trans TV in Indonesia after he signed a contract with the TV station on January 13.
It was understood that the son of the Minster of Domestic Trade, Cooperatives and Consumer Affairs, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob has signed the contract with Trans TV for a year as the face of the TV channel.
"Since I was taken as the exclusive artist, I would often travel back and forth fro Kuala Lumpur to Jakarta to follow all the schedule that has been set. I did not just sing, I also venture myself towards acting," he said.
The chance that Dafi had was truly amazing as not that many Malaysian artists are accepted in the Indonesian entertainment industry and he is one of the few lucky ones after Ashraf Sinclair who is now famous as an actor there. – mynewshub.my
KUALA LUMPUR – Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF), Dafi melebarkan sayapnya dalam bidang seni apabila dipilih sebagai artis eksklusif stesen televisyen, Trans TV di Indonesia selepas dia mengikat kontrak dengan stesen TV itu pada 13 Januari lalu.
Difahamkan anak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob ini mengikat kontrak bersama Trans TV selama setahun sebagai wajah eksklusif atau talent untuk bahan siaran di saluran TV tersebut.
"Sejak dilantik sebagai artis eksklusif itu, saya kerap berulang alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bagi memenuhi jadual kerja yang telah disusun. Saya bukan sahaja akan meluaskan bakat saya dalam bidang nyanyian tetapi juga berlakon di sana," ujarnya.
Peluang yang diraih oleh Dafi itu sesuatu yang cukup membanggakan kerana tidak ramai artis Malaysia yang diterima baik dalam dunia hiburan Indonesia dan dia antara yang bernasib baik selepas Ashraf Sinclair yang kini terkenal sebagai pelakon di sana. – mynewshub.my
Kuala Lumpur, February 2nd : The early awards for VIMA were announced last night with the big winners being K-Town Clan, Goldkartz, Dragon Red and Altimet.8 categories were announced as a run up to all the main awards ground event on February 19th .
The VIMA Music Awards presented by FMTnews (www.fmtnews.com) will be held from 7pm onwards at Cinta KL and will be an exclusive invite event. The VIMA music awards this year honors independent musicians from Singapore, Malaysia and Brunei with top winners going on to compete with musicians from across the globe in the Bite My Music Global Awards (www.bitemymusic.com)
But the night belonged to Beat The System's "Shine" featuring mainstream act Jaclyn Victor which somehow beat out K-Town Clan's monster rock song, Come Get Some. Altimet created records of sorts by being featured on 3 winning songs – striking Gold with Best music video with Ze on Goldfish & Blink's "In the House" and repeating the feat by being featured on K-Town Clan's Come Get Some which tok home the Best Genre-Bending Song. He bagged a silver by being featured on Diplomats of Drums "Forza" in the same category.
However, VIMA music awards seems to be turning out into the K-Town Clan/Dragon Red/Goldkartz show as they seem to be in unstoppable mood, K-Town with 2 Golds , 1 Silver and 1 Bronze so far.Goldkartz with 2 GOLD, 1 Bronze .
The Okay Song – That Effing Show (feat Ezra Zaid and Azmyl Yunor) BRONZE
Kash & Krissy
Best Collaboration
Shine – Beat The System feat Jaclyn Victor GOLD
Come Get Some (Bangkai Beserker Masacre)- K-Town Clan feat. Dragon Red, DJ Fuzz, Samir, Jin Hackman, Altimet & Ash G SILVER
Bebaskan Hatimu – Goldkartz & Boy Radge feat Awie BRONZE
"1 Gold, 1 Silver & 1 Bronze, if this was the Olympics, we'd be one of the front runners We're ecstatic about our wins, and we hope to that theres more to come ! Thank you VIMA for organizing the awards and giving a chance to reward local musicians for their efforts. Not many are willing to go out of their way to support good music, for this we thank you. and most importantly, we'd like to take this opportunity to thank the awesome fans our there who voted for us. Without your backing, we're just another face in the crowd, you help us shine. We appreciate you. Till our next speech, 1love, God Bless and Support Good Music.Not forgetting our partners in music and rhyme, Dragon Red, Altimet, DJ Fuzz, ASH G, Samir & Jin Hackman, thank you for being a part of this project. This couldnt have happened without you. God Bless."- K-Town Clan
Beat The System
"On behalf of Beat The System and Jaclyn Victor, I would like to thank you guys for making this happen! This would be the very 1st award for this particular song and winning this reassures us that this track will be winning more awards along the way! We are very honored and blessed to have this award. Once again thank you very much for the endless support" – Gerald Beat The System
Dragon Red
Best Genre Bender
Come Get Some (Bangkai Beserker Masacre)- K-Town Clan feat. Dragon Red, DJ Fuzz, Samir, Jin Hackman, Altimet & Ash G GOLD
Forza-Diplomats of Drum feat.Altimet & Eddy Lim SILVER
70's Girl- Haze Freaky-G BRONZE
" The DOD didn't expect to be nominated for any category, let alone win an award! Indeed a blessing, we are humbled that our music has been recognized by fans and a panel of experts. Not too bad for a bunch of boys who's main aim is to make noise and have fun doing it! Thanks to all the fans who voted and a million thanks to VIMA for giving us this opportunity." – Diplomats of Drum
"I'm truly grateful for this. To be nominated among such great musicians, can't get any better than that. Just wanna say congratulations to all the winners, and best of luck to the rest. " – Kuj (Brunei)
Best Dance Song
Ha Karde – Goldkartz feat.Rishi Rich & Mumzy Stranger GOLD
Gemini -JP
Whose Your Daddy – K-Town Clan BRONZE
Psycho Unit
PSYCHO.unit would like to thank VIMA and all the great minds behind it to award us as the Best Indian/Punjabi Act. And coungratulations to all other winners.
Best Indian/Punjabi Act
Psycho Unit/Godkartz (tie for GOLD) * Psycho Unit will however be presented with the crystal award.
Haze Freaky G SILVER
Young Ruff Bronze
" To be nominated itself has already given me the award wining feel… specially when my work has been listed alongside the works of other great musicians… 3 out of my 6 nominations has been announced in the early announcement of VIMA and i've managed to hold 1 silver & 1 bronze in my hands. Thanks to VIMA and the organizing team for the opportunity given… I would like to congratulate all the early winners and wish good luck to the all nominees for the categories to be announced in the ground event. Once again, thank you VIMA for making all this happen!!" – Haze Freaky G
In Each Hand A Cutlass
Best Instrumental
Helmets and Fiery Endings -In Each Hand a Cutlass (Singapore) GOLD
Raagatron-Akasha SILVER
Cape Town – Monsoon BRONZE
Natasha Ejaz
Best College Act
Natasha Ejaz GOLD
H.W.C SILVER
Wanted Symphony BRONZE
VIMA music awards is supported by FMTnews.com, Hard Rock Hotel Penang, Guitar Store, Cinta KL, 8TV, FLY FM, Malay Mail, Rentak Sejuta, Gua.com.my, Studio 2105, Exposure Studios,Abraham Records, Elemental Interactive Media, House of Sonia Ashley, Danie Cortese International,The Score Magazine. The ground event will be held at Cinta KL on February 19th, 2012 from 7pm onwards.
VIMA MUSIC AWARDS is Organized by Saintz & Sinnerz and Bite Media Sdn Bhd (www.bitemymusic.com)
Gandingan Elfira Loy dan Randid Pangalila dalam telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang pasti mendatangkan banyak cemburu dari peminat kedua kedua artis itu kan? Siapa dah tengok telemovie tu? Kami dah tengok, dan bagi kami cerita tu memang best. Kisah cinta remaja, biasalah kan. Takkan nak harapkan plot yang berat dalam sebuah kisah cinta remaja.
Bagi Elfira Loy, dia tidak melenting apabila peminat Randid Pangalila mengutuknya menerusi laman Twitter. Baginya, perkara itu memang sudah dijangkakan apatah lagi dengan status Randid sebagai pelakon popular di Indonesia yang mempunyai ramai peminat. Elfira Loy melalui Mstar menyatakan dia hanya ketawa apabila mengetahui tentang perkara itu.
Elfira Loy dan Randid Pangalila dalam Biar Mimpi Sampai ke Bintang
Elfira Loy tidak kisah dikritik peminat Randid Pangalila
Elfira, 17, berkata, dia tidak melenting dengan perkara itu kerana telah menjangkakan ia akan berlaku kerana Randid adalah pelakon popular dan ramai peminat.
"Saya hanya ketawa apabila mengetahui ramai peminat Randid mengutuk saya di laman sosial dan sudah mengagak perkara tersebut akan terjadi.
"Kami hanya berlakon dalam satu drama dan tidak ada apa-apa berlaku di antara kami," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Elfira berkata, perkara tersebut berlaku kerana lakonan mereka dalam drama arahan Michael Ang itu mendapat sambutan hangat sehingga diulang tayang sebanyak beberapa kali di saluran Astro Ria.
Tambahnya, adegan romantik antara mereka juga mungkin menyebabkan peminat pelakon yang popular dengan siri Nada Cinta itu berang terhadapnya.
"Saya memandang positif terhadap apa-apa juga perkara negatif yang diperkatakan mengenai saya dan tidak mahu mengambil serius mengenai perkara itu," ujarnya.
1 step to become a great reader: 1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it. There is no SCAM advertisement here!! We swear!!
Browse >Home / Selebriti / Hormati Maulidur Rasul : Faizal Tahir Tunda Ujibakat Mentor 6, Ahad Ke Isnin
Selepas Mentor 6 menyerang Sabah dan Sarawak dari 13 Januari sehingga 22 Januari kini Mentor 6 kembali ke Semenanjung. Ada yang ke ujibakat bersama Kak Ogy kita hari ini? Jika tidak sempat, bolehlah menjengok ke ujibakat untuk menjadi Protege Faizal Tahir pula pada Isnin Nanti.
Tundaan dari tarikh asalnya 5hb Februari bagi menghormati sambutan Maulidur Rasul seperti yang diumumkannya.
Faizal Tahir dikatakan kurang layak menjadi seorang Mentor. Sedangkan ramai lagi yang layak menjadi tenaga pengajar, mengapa Faizal Tahir dipilih. Jom ikuti apa kata Faizal Tahir pemenang ketiga Anugerah Juara Lagu ke-26 ini.
Rasa Layak Menjadi Seorang Mentor?
"Kurang sesuai untuk saya nyatakan samada saya sesuai atau pun tidak. Jika diikutkan pengalaman, ini tahun keenam saya di dalam industri ini. Baik mentor atau idola, keduanya mempunyai maksud yang luas.
Saya sebenarnya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana gelaran. Belum sampai masa untuk saya sampai ke tahap itu. Saya masih lagi berjalan dan banyak lagi mahu ditimba dalam bidang ini."
"Tidak sampai lagi di fikiran untuk menjadi seorang mentor. Lebih-lebih lagi punya protege di bawah saya pula tu. Maklumlah, saya masuk ke bidang ini pun sendiri sahaja tanpa sesiapa menjadi mentor. Jadi agak kekok sebenarnya terpilih.
Tetapi saya tetap menghargainya dan penghargaan ini saya terima dan tidak boleh berpatah balik. Saya akan buat yang terbaik."
Soal menang atau kalah tidak menjadi soal kepadanya. Dia berhasrat untuk melahirkan seorang protege yang dapat berdiri kukuh dalam bidang industri. Bukan timbul hanya seketika sahaja. Faizal Tahir juga tidak meletakkan sebrang gender untuk menjadi protegenya.
Jadi kepada anda yang rasa ada bakat tu, tanya-tanya dulu pendapat orang ya. Jangan syok sendiri je ya.
Ini jadual sesi ujibakat untuk anda yang berminat :
Tempat : Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya Masa : 10 pagi sehingga 5 petang
4 Februari : Ogy Ahmad Daud 6 Februari : Faizal Tahir 11 Februari : Ramlah Ram 12 Februari : Ferhad 18 Februari : Ella 19 Februari : Adam
OH ARTIS : SIAPA SYOK SENDIRI AKAN JADI BAHAN LAWAK LAH NANTI. ADUH!
Mampukah dirimu bertahan begitu Benarkah begini mahumu terus sembunyi Untuk apa selama ini Diriku yang selalu disini
Bukan tak pernah ku memberi kata, ku kan ada Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna Takkan lagi ada yang sepertiku Kau kan sedar terlewat dan sesal
Mampukah jantungmu menahan semua Sedarkah perit pun tak perlu biar ku hapus Untuk apa diriku ini Yang mampu kau terus punyai
Bukan tak pernah ku memberi kata, ku kan ada Bukan tak pernah ku memberi rasa yang sempurna Takkan lagi ada yang sepertiku Kau kan sedar terlewat dan sesal
Luruh keringat bertahan Hati jiwaku serahkan Terabai tersisih jauh Tuhan tolong buka mata hatinya
Buka mata aku didepanmu Buta! Buka mata! Aku kan ada!
Bukan tak pernah ku membuat kau rasa sempurna Bukan tak pernah ku memberi semua yang ku ada Takkan lagi ada yang sepertiku Kau kan sedar terlewat dan sesal Ataupun ku yang buta
Prasasti Jiwa:
Akhirnya, Faizal Tahir telah mengeluarkan single terbaru beliau iaitu Buta...sgt excited! he3
Giler..lirik lagu ni memang sgt kena dgn jiwa aku saat ini...hu3
WOW ! Didie Alias aka Lady Gaga Malaysia kini semakin vogue dengan style ala-ala spike, terangkat habis youuu……!
Ayuh lihat fotonya, dRS ucapkan syabas pada Didie Alias yang benar-benar berjuang dalam seni dengan mempamerkan bakat yang beliau miliki, ini membuktikan Malaysia mempunyai artis yang setanding dengan barat cuma dari segi adat kesopanannya kita lebih baik lagi dari mereka di barat itu.
Bagi dRS ini antara fesyen paling gempak dan terangkat dari artis wanita di Malaysia !!
Benarkah Adira AF ini seorang Lesbian? Baca penjelasan si pemilik badan.
Saya dah letih apabila orang terus bercakap saya mempunyai hubungan terlarang dengan Zack. Terus terang, selera saya masih terhadap lelaki dan mencintai lelaki, saya lurus, bukan bengkang-bengkok. Sekiranya saya keluarr dengan golongan pengkid mahupun pondan, kami tidak pernah keluar berdua, pergi melepak pun beramai-ramai.
[unable to retrieve full-text content]YUNA. Anugerah Juara Lagu 26. Comments and faves. sydbad (13 hours ... This photo belongs to. aSMawi's photostream (179). Newest photo →; YUNA · Neelofa & Samsol · Hasan Mohamed Ali. This photo also appears in ...
KUALA LUMPUR – Umum mengetahui penyanyi bagi lagu Kisah Hati, Alyah berjaya membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 selepas memenangi kategori Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) malam Ahad lalu.
Di sebalik tuah yang dibawa dalam lagu itu, ramai yang berpendapat kemunculan 'surprise' Remy Ishak dalam persembahan mantap Alyah itu juga telah menyumbang kepada kemenangannya.
Tapi, tahukah anda sebenarnya, kemunculan Remy di saat-saat akhir nyanyian Alyah adalah satu rancangan 'sulit' yang tidak diketahui sesiapa termasuk krew TV3 sendiri!
Memetik tulisan Remy di dalam blognya, http://dakamat.blogspot.com, tiada mana-mana pihak yang mengetahui dia akan muncul dalam persembahan Alyah walaupun pihak Media Prima sendiri.
"Sebenarnya tak ada siapa pun tahu yang aku akan muncul sebagai 'cameo' dalam persembahan Alyah pada AJL 26 yang baru berlangsung semalam.
"Orang-orang di Media Prima, 'crew' teknikal TV3 yang menjayakan AJL 26 malam tu pun tak tahu yang aku akan muncul dalam persembahan tu, cuma yang tahu pasal kewujudan aku adalah Alyah sendiri, tenaga kerja dan kawan-kawan dia je.
"Ini semua gara-gara Alyah sendiri, dia sendiri yang minta kami semua merahsiakan perkara ni.., nak buat 'surprise' katanya, nak aku keluar masa minit terakhir..," tulis Remy.
Menyifatkan rancangan 'rahsia' Alyah itu berjaya, Remy sempat mengucapkan penghargaan kepada penyanyi itu di atas kesudian menjemput dirinya bagi menjayakan persembahan dalam AJL26.
Sebelum ini, Alyah menjadi 'bahan' kritik oleh peminat-peminat Remy apabila 'berani' bergandingan dan melakukan aksi 'mesra' dengan aktor kacak itu dalam klip video Kisah Hati.
Mungkin ingin menarik perhatian peminat-peminat dan para juri, Alyah sekali lagi menggunakan cara yang sama untuk meraih kemenangan itu, siapa tahukan? Oleh NAIMAH SHAARI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan